Dah ada penyakit pun boleh apply Takaful Mumtaz! Pelan Takaful siap dengan Simpanan, Cash Payout & Perlindungan


Takaful Mumtaz, produk baharu daripada Zurich Takaful sangat sangat unik. 

Kali pertama produk sebegini dilancarkan untuk membantu orang ramai yang memerlukan perlindungan dan juga duit tunai setiap tahun!

Baca lagi bebanang ni 😊

Takaful Mumtaz adalah produk takaful keluarga ordinary yang menawarkan perlindungan, duit cash setiap tahun (cash payout) & cash value setelah sijil takaful telah matang

Menariknya, anda hanya perlu membayar caruman selama 8 tahun sahaja & caruman pada tahun ke 9 - 16 jadi FREE

Oleh kerana produk ni tak payah kena medical check up, orang yang sakit pun boleh apply! (Yang pernah kena reject dengan syarikat takaful/Insurans diterima)

Sebab apa? Sebab kita fokus kepada prospek yang tak layak apply Takaful tapi ada kemampuan wang yang tinggi 

Pelan Takaful Mumtaz ni sangat berbaloi sebab boleh bagi perlindungan hayat, pampasan kematian biasa dan kemalangan. Selain tu dapat bagi duit cash setiap tahun.


Perlindungan Hayat, Pampasan Kematian Yang Terjamin


Jom kita cakap tentang perlindungan pampasan kematian akibat kematian biasa dan kemalangan. Hampa boleh rujuk kat jadual manfaat kat bawah.


Yang baik untuk plan ni adalah setiap contribution hampa TAK AKAN BURN sebab plan ni ada cash value a.k.a duit simpanan.
Setiap pampasan akan diberikan sekali dengan nilai cash value. Yang menariknya pelan ni bayar 8 tahun FREE lagi 8 tahun.
Paling minimum hampa bayar RM270 sebulan.

Pulangan keuntungan pelan Takaful Mumtaz



Nah saya share apa yang anda dapat daripada Cash Payout ni. Total 16 tahun hampa akan dapat RM25,423. Bermakna dalam 8 tahun hampa bayar RM25,920 dan dapat balik untuk 16 tahun sebanyak RM25,423.

Aik? Tak ke pelik? Macam FREE je kan?

Biar betul. Macam tak logik je. Tapi ni adalah jumlah pengiraan dan pulangan yg hampa dapat utk pelan Mumtaz ni. Zurich tak untung ke? 

Depa untung. Kalau depa tak untung takkan depa buat pelan ni. Toksah hirau, janji kita yg untung bossku.



Q&A berkenaan dengan Pelan Takaful Mumtaz


Q : Kalau kena sakit kritikal dan tak ada kerja, pelan ni jadi free tak?

A: Pelan ni tak cover penyakit kritikal. PLHIV kan dah sakit kritikal, kalau tak boleh kerja, tak ada income boleh surrender. Lepastu boleh dapat duit sikit. Kena tengok cash value pada masa tu

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya oleh prospek2 saya untuk pelan Mumtaz ni. Ada diantara depa tanya buat apa ambil pelan Mumtaz ni. Bukannya dapat manfaat pun. Yang penting tu medical card

Saya jawap "Ya, medical card memang penting. Tapi maaf tuan tak layak"

Daripada kita tak ada langsung insurans/takaful, nak apply kat mana-mana company pun dah tak layak/tak boleh, baik ambil Takaful Mumtaz ni. Sekurang-kurangya jika kita meninggal dunia waris kita akan dapat sedikit pampasan (hibah) 

"saya dah ada duit, tak perlu wang hibah ni"

Baik, betul tu. Kalau dah ada duit, kita pasti ke duit yg kita ada tu cukup utk cover hutang kita? Hutang kereta, hutang rumah, personal loan, hutang kad kredit dll. Kalau kita single, nak kea bebankan mak ayah dgn hutang2 kita tu? 

Cuba buat pengiraan. Then kita tau macamana

Dengan pampasan yang meningkat bermula dari RM15k ke RM30k dan RM45k, insyaallah wang pampasan (hibah) ni akan dapat membantu waris-waris kita utk selesaikan hutang kita tu. 

Nak pindah nama rumah, nak deal dengan amanahraya dll tu perlu duit tuan-tuan, puan puan.

So dengan adanya duit hibah takaful ni dapat digunakan sebagai bayaran utk buat pindahan harta pusaka dll. Masa sekarang ni kita tak tau, tapi masa depan kita tak tau macam mana. 

Insyallah dapat membantu nanti.
Ada jugak orang approached saya. katanya, pelan takaful banyak sembang pasal mati. ni saya nak share yang pelan takaful mumtaz tak sembang sangat pasal mati. kita boleh cakap pasal hidup.
Pelan ni duit "Cash Payout" terus masuk dalam akaun setiap tahun.

Cara bayaran Cash Payout Takaful Mumtaz

Duit cash payout ni masuk kedalam akaun yg hampa bagi kat saya. ikut suka hati hampa la nak buat apa dengan duit tu. Tapi, saya sebagai ejen takaful sangat recommend hampa utk letak duit cash payout tu kedalam institusi yg beri pulangan tinggi. 6% ke. Contohnya TH atau ASB

Dari situ hampa boleh tengok dah berapa pulangan yg hampa akan dapat. 

Contohnya seperti calculation dibawah : Simpan RM540 x 8 tahun = RM4320.00. 

Laburkan ke tempat yg dpt pulangan 6% dan boleh dapat extra RM1,196.79




Masuk tahun ke 9-16 , cash payout naik jadi RM1140 setahun. Lepastu x 8 tahun dapatlah RM11,646.55. Kalau takmau laburkan pun takpa. Guna la. Tapi total cash payout yg hampa dapat hanya RM9120. 

Terpulang...





Kalau tambah dua - dua tu A & B hampa dapat RM17,163.34. Kalau hampa simpan atau guna jumlah cash payout yg terkumpul hanyalah RM13,440. Saya tak paksa. Ni adalah salah satu daripada idea macam mana nak grow the money.

Plan ni sesuai utk plan education anak.

Haa, satu lagi kalau hampa berjaya tunggu sampai matang pada tahun ke 16 akan dapat manfaat matang. Hat ni company akan bagi tapi nilai dia tak terjamin dan berdasarkan pulangan pelaburan.

Kita hanya bagi anggaran berapa jumlah bayaran bila matang ikut senario 1 atau 2.

Oleh kerana takaful tak boleh nak "janji" macam insurans, senario 1 atau 2 ni kita ambil daripada prestasi pelaburan zurich takaful pada tahun-tahun yg sebelumnya.

Anggaran saja tau. kita tak boleh meramal masa depan!

Pampasan Hibah Takaful 

Selain tu, apa yang saya nak tekankan kat sini adalah, jika kawan-kawan diluar sana terutamanya yg ada sakit kritikal contohnya PLHIV.

Kalau simpan duit di Bank, contoh sebulan RM300, anda hanya dapat pulangan dalam bentuk dividen. Jika sakit, simpanan tu boleh ambik 100%

Kalau ditakdirkan meninggal dunia, automatically tak dapat menyimpan dah la kan? Duit dalam akaun simpanan dibekukan sehingga waris atau pentadbir buat tuntutan. Tu pun hanya boleh ambil duit yg ada dalam simpanan sahaja.

Tapi bagaimana kalau kita "menyimpan" dgn Takaful Mumtaz?

Ideally jika berlaku kematian, waris kita akan buat tuntutan kepada pihak Zurich. bawa buku sijil takaful & beberapa dokumen sokongan contohnya sijil mati.
Sejujurnya produk Takaful Mumtaz ni adalah sebuah produk yg sangat straight forward. Masa sign up pastikan bagi information semua yg lengkap. Kemudian, saya submit dan tunggu approve.
Pastikan no. akaun bank yg hampa bagi tu betui. nanti zurich akan kreditkan terus duit ke akaun

Untuk permohonan tak perlu banyak benda. Isi je borang online dan bagi salinan IC depan belakang.

Of course, setiap permohonan perlu sertakan caruman 1 bulan (RM270 jika ambil 1 unit) dan baru pihak kami boleh uruskan proses underwriting



ok, saya rasa dah terangkan selengkap dan sedetail yang boleh untuk pelan Takaful Mumtaz ni. Kalau hampa ada apa-apa soalan boleh terus whatsapp saya atau call 011-59238789. Ni kad saya, saya base di Zurich Takaful Penang, Bayan Lepas.

nak jumpa discuss boleh dan nak whatsapp pun boleh. kita ejas sampai jadi. jangan risau sebab saya ejen takaful yg berdaftar dengan MTA dan Zurich. Kalau nak verify takada masalah. DM saya dan saya akan share.

Semoga perkongsian saya ni memberi manfaat kepada semua. Thanks
Dah ada penyakit pun boleh apply Takaful Mumtaz! Pelan Takaful siap dengan Simpanan, Cash Payout & Perlindungan Dah ada penyakit pun boleh apply Takaful Mumtaz! Pelan Takaful siap dengan Simpanan, Cash Payout & Perlindungan Reviewed by Luthfi Suib on April 22, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.