#sembangtakaful : Medical Card bukan untuk golongan B40 dan gaji bawah RM3,000!


Maaf sekiranya saya terlalu jujur.

Mengikut pengalaman saya 6 tahun dalam bidang Takaful...

Hakikatnya, Medical Card bukannya untuk golongan B40 dan gaji bawah RM3,000.

Anda mungkin...

Anda mungkin boleh bayar caruman bulan-bulan, tapi sekiranya berlaku Medical Repricing, kantoi!

Anda mungkin boleh bayar caruman bulan-bulan, tapi tak mampu nak bayar kos luar jangkaan yang Medical Card.

Anda mungkin boleh bayar caruman bulan-bulan, tapi tak mampu nak bayar kos Pre-Hospitalization atau post-hospitalization yang tinggi.

Anda mungkin boleh bayar caruman bulan-bulan, tapi tak mampu nak bayar kos perkongsian bersama, Ko-Takaful atau Deductible

Akhirnya, anda akan kata Medical Card scam, ejen tak buat kerja dll

Sebenarnya, B40 & mereka yang gaji bawah RM3,000 perlu ambil Income Protection Takaful

Cadangan untuk B40 dan Gaji bawah RM3,000

Cadangan saya, Golongan B40 dan bergaji bawah RM3,000 sebulan perlu buat:

1. Simpanan - sediakan emergency cash

2. Income Protection Takaful

Penjelasan:

Andaikata diuji dengan penyakit kritikal (CI) & perlu bayar kos rawatan CI, Income Protection akan bagi wang tunai.

Untuk kes kemalangan,

Income Protection (IP) ada rider PA yang boleh pay & claim kos rawatan akibat kemalangan

Sekiranya masuk hospital kerajaan, kos rawatan selalunya rendah (atau free) tapi kos Medical Device macam besi tu kena bayar sendiri

So, boleh claim dekat pelan IP

Suka saya tekankan yang B40 & bergaji RM3,000 kebawah perlu ambil Income Protection untuk terus ada backup gaji & elak daripada tak mampu nak teruskan kehidupan dan gagal bayar komitmen.

Bayangkan sekiranya diuji dengan penyakit kritikal & MC berpanjangan akibat kemalangan?

Contohnya kena Buah pinggang kronik yg perlu dialisis setiap minggu. Kerap MC dan ambil cuti sebab sakit.

Agak-agak majikan mana yang nak simpan pekerja yang kerap MC? Selalunya pekerja yang kerap MC ni dinasihatkan berhenti.

Bila kena berhenti kerja, confirm tak ada gaji.

Contoh gaji sebulan RM2,500 iaitu RM30,000 setahun.

Pampasan CI dalam pelan Income Protection ada RM100,000.
Pampasan berkenaan bersamaan dengan 3 tahun gaji.

So, dapat RM100k tu boleh guna untuk medical & terus bayar komitmen selama 3 tahun

Itu contoh Income Protection akibat Penyakit Kritikal (Wost Case)

Ada lagi contoh kegunaan Income Protection untuk mereka yang bergaji rendah. Contohnya Elaun MC akibat Kemalangan.

Patah Tangan : Doktor bagi MC 3 minggu.

MC 1 minggu = RM200

MC 3 minggu = RM200 x 3 = RM600

Bayangkan kalau kena kemalangan yang serius sampai MC berbulan-bulan.

Selalunya syarikat hanya bayar MC maksimum selama 2 bulan (60 hari). Lepas 60 hari agak-agak majikan bayar gaji penuh lagi tak?

Maaf, boss kata sini bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat. So, MC tanpa gaji la!

Kat sini la Income Protection akan membantu.

Selama MC 60 hari (8 minggu) tu masih bergaji.

Gaji jalan, elaun MC akibat kemalangan pun dapat.

RM200 x 8 minggu = RM1,600

Andaikata kena MC tak bergaji, tak usah risau sebab setiap bulan dapat RM800 (1 bulan 4 minggu x RM200).

Sebab itulah saya sering tekankan agar golongan B40 dan bergaji RM3,000 secure gaji terlebih dahulu melalui Income Protection Takaful berbanding Medical Card.

Income Protection = Bagi duit kat kita terus ke akaun bank.

Medical Card = Bayar bil rawatan hospital swasta.

Itu tak termasuk lagi dengan Elaun Wad bila bermalam di hospital.

Setiap hari admit wad dibayar RM50.

Kalau kena admit hospital gov atau private, claim lah duit Elaun Wad dari Income Protection ni. 

Duit ni boleh cover perbelanjaan yang kita telah keluarkan masa kita sakit.

Dari dulu saya konsisten, kita "protect gaji" diri sendiri dulu sebelum kayakan pihak insurans & hospital swasta

Tak ramai tahu yang Income Protection ni boleh bagi duit wang tunai kat kita apabila kita ditimpa musibah 

Dengan adanya Income Protection ni gaji kita dah terjamin

Kalau gaji RM3,000 sebulan tak salah nak ambil Medical Card.

Tapi, kena pastikan kita pun ada backup Income Protection agar kita dapat claim manfaat yang Medical Card tak cover iaitu PAMPASAN WANG TUNAI.

Pastikan anda ada coverage lengkap iaitu Medical Card + Income Protection

Ini adalah contoh pelan Income Protection Takaful.


Dengan RM100 sebulan, ia dapat melindungi & menggantikan gaji anda dengan sediakan pampasan wang tunai sekiranya diuji dengan 36 jenis Penyakit Kritikal, Kemalangan, Elaun Wad dan lengkap dengan Hibah untuk yang tersayang.

Caruman Takaful yang terbaik adalah tak lebih daripada 10% dari gaji bulanan.

Contohnya gaji RM3,000 sebulan.

10% = RM300

5% = RM150

So, tak kira la RM300 tu nak ambik Medical Card sahaja ataupun termasuk Income Protection. Paling utama perlu ada Income Protection ye.

Tak ada apa-apa personal Insurance/Takaful?

Nak ambil Insurance/Takaful?

Saya cadangkan agar ambil pelan Income Protection dengan caruman serendah 5% dari gaji bulanan.

Ambil pelan pakej "Premium iaitu RM100 sebulan" dah cukup baik untuk cover gaji anda sebanyak 95%.

Dah 2024 ni, Ejen Takaful tak perlu guilt trip dan fear monger orang untuk ambil Takaful.

Hakikatnya, orang ramai akan ambil Takaful sekiranya ada kesedaran tentang kepentingan untuk ada pelan perlindungan yang betul.

Elemen utama adalah mampu untuk kekal mencarum Takaful

Hidup ni keras.

Lagi keras sekiranya Medical Card naik harga setiap tahun.

Bagi mereka yang tak ada apa-apa insurans lagi, mohon ambil Income Protection dulu. Bab rawatan perubatan jangan risau sebab kat Malaysia ni hospital kerajaan kita pun dah terbaik. Cuma ramai je.

Jangan terus terminate atau lapsedkan pelan Medical Card sedia ada.

Bawa berbincang dengan Ejen masing-masing. Cuba bincang bagaimana nak kurangkan komitmen Medical Card.

Andaikata anda nak tahu info lanjut tentang Income Protection Takaful boleh hubungi kami di Team JomTakaful

Luthfi

 - https://wa.me/601159238789

Alwani

  - https://wa.me/60194009690

#sembangtakaful : Medical Card bukan untuk golongan B40 dan gaji bawah RM3,000! #sembangtakaful : Medical Card bukan untuk golongan B40 dan gaji bawah RM3,000! Reviewed by Luthfi Suib on July 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.