5 tips untuk pastikan GL admission wad cepat approve!

 


Bila nak admit hospital guna Medical Card, antara item yg "merisaukan" adalah GL approval. Selagi GL tak approve, selagi tu la dok fikir macam-macam kan?

Untuk hilangkan kerisauan hampa pasal GL approval, mai baca thread ni

Tips #1 : 

Rule of thumb 🥰

Kalau nak GL cepat APPROVE, pastikan Polisi atau Sijil Takaful aktif & tiada tunggakan  bayaran caruman.

Kalau tak ada masalah dengan polisi/sijil, Insyaallah GL akan cepat APPROVE.

Tips #2 :

Dapatkan surat rujukan dari klinik atau hospital kerajaan

So far, saya amalkan dapatkan referal letter dari doktor yang merawat sebelum walk in ke hospital swasta. Alhamdulillah, GL cepat APPROVED sebab ada supporting documents. 💪🏻

Tips #3 : 

GL cepat APPROVE kalau Sijil Takaful atau Polisi Medical Card kita aktif melebihi dua tahun

Kalau selama ni kita dok bayar je tanpa gagal, tak pernah guna, tiba-tiba sakit & kena admit wad, Insyaallah tak ada sebab company Insurans/Takaful nak hold GL hampa 😊

Tips #4 :

GL cepat APPROVE sekiranya ada buat rujukan dengan doktor pakar

Kalau ada rasa something wrong, buatlah appointment dgn doktor pakar untuk check dulu. 

Once dia confirm perlukan admission, pihak klinik doktor pakar akan request GL & InsyaAllah cepat je GL APPROVE

Tips #5 :

Jangan risau GL approval kalau admission tu GENUINE, requested by Doctor & statement yg kita bagi kat doktor tu betul 😁

Nasihat saya, tak payah cek status GL dgn hospital. Followup je dgn ejen atau boleh terus check dgn syarikat insurans/Takaful masing-masing.


5 tips untuk pastikan GL admission wad cepat approve! 5 tips untuk pastikan GL admission wad cepat approve! Reviewed by Luthfi Suib on February 20, 2023 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.