Rules of thumb bila nak guna Medical Card Insurance/Takaful adalah WAJIB dapatkan Guarantee Letter (GL) sebelum masuk wad atau dapatkan rawatan di hospital swasta!
Jika tiada GL bermakna segala kos rawatan di hospital swasta tidak akan ditanggung oleh syarikat Insurans/Takaful!
Tiada had masa untuk GL approval
Berdasarkan pengalaman saya & agensi sejak hampir 10 tahun yang lalu, tiada tempoh masa yang spesifik untuk dapatkan kelulusan GL.
Walaupun anda ambil Medical Card dengan syarikat Insurans/Takaful yang hebat atau ejen takaful yang perform sekalipun, proses approval GL Medical Card bergantung kepada :
1. Kes admission - setiap situasi tak sama
2. Kenyataan kita masa doktor interviu - ni paling penting
3. Report doktor masa nak submit GL
4. Supporting report yang lengkap e.g blood test, x-ray, dll
Jelas?
Tak ramai orang tahu kejadian disebalik tabir approval GL sebelum kita berjaya admit masuk wad 😟
Apa yang syarikat Takaful buat sebelum approve GL kita?
Sebelum diorang approve GL admissions kita, syarikat Takaful akan semak GL request report dari doktor yang merawat, supporting documents versus maklumat dalam Sijil/Polisi kita
Antara yang diambil kira oleh syarikat sebelum approve GL adalah :
1. Usia sijil/takaful kita - masih baharu? Dah lepas waiting period 30 Hari / 120 Hari atau 2 tahun?
2. Penyakit & Rawatan yang hendak dilakukan tu ada tak dalam senarai pengecualian?
3. Info yang contradict.
FYI, individu yang review GL request dari doktor private hospital adalah seorang pegawai perubatan juga ya! Perbezaannya, dia bekerja dgn syarikat Takaful 😆
That's why setiap GL tu ambil masa. Diaorang review GL request tu ada banyak "soalan" yang ditanya oleh claim reviewer.
GL approval
Tempoh GL approval ni sangat crucial. Masa ni adalah tugas Ejen Takaful utk follow up status approval GL.
Pertama, Ejen Takaful perlu update status GL kat client.
Kedua, Ejen Takaful tak boleh buat apa-apa selain tahu status je. Biar hospital & syarikat buat kerja diorang.
Dalam tempoh GL approval, selalunya kita dengar pihak insurans/takaful yang sering dipersalahkan. lambat la itu ini. Tapi real situation kita tak tahu.
Mungkin sebaliknya pihak hospital & doktor tak reply lagi soalan & dokumen yang diperlukan oleh pihak takaful. Wallahualam.
Sebagai peserta takaful, pesakit & customer, apa yang kita perlu buat?
1. Duduk & bertenang. Respect the process. InsyaAllah kalau tak ada masalah payment, waiting period & exclusion GL akan approve.
2. JANGAN sesekali mintak admit wad selagi GL tak approved. Jangan tanggung risiko
3. Dapatkan Ejen Insurans/Takaful masing-masing. Follow up & tanya dia tentang status GL. Selalunya ejen akan dapat SMS/update sekiranya GL dah approved atau Declined.
Ini adalah standard procedure bagi mereka yang nak guna Medical Card Konvensional & Takaful di Malaysia.
Process admission guna Medical Card menyusahkan?
Apa boleh buat. Bukan kita je yg kena follow, orang lain pun follow step yang sama
Sebenarnya bagus jugak ada step macam ni sebab lebih transparent. Jangan sesekali bypass step admission ni sebab risiko lepastu kita yang kena tanggung terutamanya kena bayar sendiri!
Alhamdulillah, so far dari saya first time guna Medical Card company pada tahun 2017 hingga la ambik Medical Card sendiri serta anak - anak dan urus GL admission client, tak pernah lagi GL kena declined.
Paling penting kita kena disiplin mencarum & tahu process from A to Z!
Apa-apa pun, jika berminat untuk dapatkan pelan Medical Card boleh terus hubungi saya di dm atau WhatsApp ✅ https://wa.me/601159238789
Free quotation & consultation. Boleh apply menerusi 100% online, dapat e-certificate & buku polisi dari Zurich Takaful. Jom Takaful!
No comments: