Jangan confuse tau Takaful rumah dengan Takaful cover loan rumah!
Takaful cover loan rumah = MRTT / MLTT
Takaful rumah = Fire, Houseowner atau Householder
Jelas tak?
Kali ni saya taknak sentuh pasal MRTT MLTT. Saya nak share tentang Takaful Rumah.
Takaful rumah ni ada 3 jenis :
1. FIRE = Cover kebakaran sahaja2. HOUSEOWNER = Coverage comprehensif - kebakaran, letupan, dilanggar kapalterbang, hentaman pada bangunan, paip pecah, pecah masuk, gempa bumi, banjir dan lain-lain lagi.
3. HOUSEHOLDER = Cover barang dalam rumah
Kebakaran tu biasalah kan? Dlm thread ni saya nak cerita tentang Houseowner & Householder.
Awat ramai orang kita tak ambil insurans/takaful rumah?
Biasanya untuk rumah baru, ada sesetengah bank dah wajibkan untuk ambik fire insurance. So dah cover la bab kebakaran tu.
Walaupun bank dah cover fire insurance, no harm untuk kita ambik insurans tambahan untuk rumah kita.
Kita fokuskan kepada cover luaran & barang dalam rumah kita.
Jangan confuse!
Kalau kita tinggal kat kondominium ataupun apartment, kita bayar maintenance fees setiap bulan kan?
FYI, dalam maintenance fees tu mnagement dah include sekali kos untuk fire insurance tapi hanya cover overall building je
Content/barangan dalam rumah kita tak cover tau!
Tak kira la hampa tinggal kat rumah strata (kondo/apartment) ataupun landed, kita kena ada kesedaran untuk ambik insurans cover luar & dalam rumah kita
Ambil pengajaran musibah banjir yang berlaku, saya rasa terpanggil untuk kongsikan semua ni kepada semua orang agar be prepared!
Macam mana nak ambik Insurans rumah?
Apa information kena tahu?
First, kita kena tentukan jenis bangunan / rumah kita dulu
Selalunya rumah modern & baru ni jenis 1A da 1B sahaja
1A konkrit penuh1B konkrit setengah
Ni kena rujuk kepada syarikat Insurans/Takaful masing masing.
Selain dari dinding rumah (full or half concreate), jenis bumbung pun main peranan juga :
1A : Concrete/Tiles/Asbestos
1B : Bumbung dari bahan yang tak mudah terbakar (non-combustible roofing)
Senang cerita, kalau rumah fully concrete, eg. kondo/apartment 1A.
Type of Coverage
Next, untuk insurans bangunan (houseowner), ada 2 pilihan untuk pilih coverage
1. Market value
2. Agreed value
Kalau ambik market value, kita sendiri yang tentukan
Tapi, jika ambik agreed value, jumlah coverage tu company insurans/takaful yang tentukan ye
Harga macam mana?
Untuk harga pelan ni bergantung kepada value & jenis rumah kita
Lagi tinggi value & risiko rumah kita, lagi tinggi contribution/premium yang kita kena bayar
Sebab tu kena discuss dengan ejen & declare betul-betul
Cadangan saya, ambik coverage ikut market value dah cukup
Tak pernah tengok quotation insurans rumah Houseowner?
Meh saya share contoh quotation
Rumah apartment, harga rumah RM250,000.
Caruman tahunan hanya RM212.20
Murah ke murah?
No comments: