#SembangTakaful - PLHIV : LOAN RUMAH vs Insurans/MRTT

 

PLHIV : LOAN RUMAH vs Insurans/MRTT

Ada 2 orang rakan #PLHIV baca perkongsian saya berkenaan dgn MRTT/MLTT

Jika kita ada penyakit kritikal seperti HIV & tak declare, tapi MRTT approved, jika meninggal cover tak?

Kalau beli rumah tanpa MRTT macam mana?

Ni jawapan saya

1. Syarikat insurans/takaful akan proses claim kematian berdasarkan Sijil Mati & dokumen-dokumen lain Jika dlm dokumen tersebut mention punca kematian akibat HIV & peserta tu dah sakit sebelum apply MRTT, high chance declined Jika sebaliknya, syarikat akan investigate

2. Jika outcome dari investigation tu jumpa peserta tu ada rujuk ke klinik, hospital atau mana-mana farmasi ada bukti rekod yg dia ada HIV sebelum apply MRTT & loan rumah, maka high chance akan declined Unless, dlm polisi/cert ada mention "kematian semua punca" then, good luck

Sebab tu kalau kita nak beli rumah & masukkan MRTT dalam loan / application kita, better terus terang dengan banker tentang taraf kesihatan kita Sayang duit kalau masukkan MRTT dlm loan rumah tapi end up benda tu tak dapat berfungsi utk cover loan kita sekiranya ditimpa musibah Tentang Encik B, loan approved tanpa MRTT. Ini adalah cara yg terbaik utk elakkan berlaku kerugian Tapi dalam masa yang sama PLHIV kena faham risiko yg kena tanggung. Jika kita meninggal dunia, waris kita kena sambung bayar installment rumah seperti biasa Loan kita tak diwaive! Bagi pendapat saya, tentang rumah ni adalah satu komitmen jangkamasa panjang Utk PLHIV, kita kena plan for worst case kita mati: i. Siapa nak sambung bayar installment? ii. Kalau tak bayar, rumah kena lelong dgn bank? iii. Kita ada backup insurans peribadi/hibah? Kena plan ni




#SembangTakaful - PLHIV : LOAN RUMAH vs Insurans/MRTT #SembangTakaful - PLHIV : LOAN RUMAH vs Insurans/MRTT Reviewed by Luthfi Suib on February 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.