Dah beli rumah? Fahami fungsi sebenar MRTT, MLTT & Hibah Harta


Wife : Abang, kita dah beli rumah. Sayang dah tengok semua dokumen S&P, loan & MRTT rumah kita. Loan nama abang. Hakmilik kita bersama. Macam mana nak confirmkan rumah kita ni jadi milik sayang sekiranya abang pergi dulu?

Saya : Takpa, meh abang tulis & lukis. Baru mudah faham

Saya : MRTT/MLTT yg abang ambik tu utk settlekan baki loan rumah dgn bank. MRTT bayar direct ke bank, MLTT akan bayar ke penerima hibah. So, abang ambik MRTT. Bank akan settle semua dgn insurans. Clear?

Wife : Ok bab ni clear. Kiranya sayang tak dapat apa-apa pampasan lah kan?

Saya : Ya, Sayang tak akan dapat apa-apa pampasan sebab MRTT bayar direct ke bank. 

Lepastu, sayang kena buat Pelepasan Gadaian Bank kat Pejabat Tanah untuk batalkan nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Selagi tak buat pembatalan, rumah tu bukan milik Sayang lagi 😅

Wife : Ingatkan lepas settle loan je terus jadi hak milik? 🙄

Saya : Itulah benda yang tak ramai orang tahu. Urus harta orang mati ni tak semudah yang disangka sebab mati sekali je

Wife : Ada orang mati dua kali?

Saya : Ok, sambung. Bab faraid abang taknak cakap. Dah tau kan.

Wife : Yup, tak risau bab faraid sebab dah ada Hibah Takaful. Kalau ada orang nak tuntut rumah kita ni, sayang ganti dgn Hibah Takaful je.

Saya : Pandai. Sebab tu buat masa ni abang rasa tak ada kepentingan lagi nak buat Hibah Harta. Family kita simple je. Dengan duit boleh settle.

Saya : Cuma abang risau satu je. MRTT hanya cover principal amount je. Interest tak cover. Kalau time meninggal tu MRTT cover loan amount je tapi interest tak cover, maknanya kena bayar sendiri la interest tu.

Wife : Ala Hibah kan ada? guna la

Saya : Lepastu tinggal baki berapa je?


Saya : Ambik hibah tu tak la berapa banyak sangat. Tapi semua benda harap kat hibah tu. Cover baki loan rumah la, kos pengurusan pusaka la, itu la ini la. Lepastu tinggal berapa banyak je?

Wife : Haa, lepastu abang ambik la hibah tinggi sikit. RM1juta ke? 🙄

Saya : 😅


Saya : Kalau cerita bab rumah & insurans ni sampai bila tak habis & tak cukup. Abang rasa cukup sekadar ni. Taknak dah tambah komitmen. Insyaallah nanti buat planning lain. 

Next kalau nak buat pun Dokumen Hibah Harta untuk serahkan hak rumah ye.

Pengajarannya adalah, bukan semua benda kita perlu buat. Orang ambik Takaful juta-juta, kita pun ambik. Orang ambik MLTT, kita pun nak kena ambik. Orang buat dokumen hibah kita pun nak buat

Apa-apapun hanya kita je tahu keperluan kita. Pandai-pandailah buat pertimbangan.


Dah beli rumah? Fahami fungsi sebenar MRTT, MLTT & Hibah Harta Dah beli rumah? Fahami fungsi sebenar MRTT, MLTT & Hibah Harta Reviewed by Luthfi Suib on February 25, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.