"Sayang, nak tau tak kalau abang mati, segala aset milik abang akan TERBEKU" kata aku kepada isteri
"Aik? Terbeku? Kan abang dah letak nama sayang sebagai penama?" Jawap isteri dgn nada terkejut.
Tambah dia "Surat mati & nikah kan ada?"
Aku jelaskan "Kalau semua aset dah TERBEKU, waris kena dapatkan Letter of Administrator (LA) atau Probate untuk cairkan aset yang telah beku"
Isteri mencelah "Bukan ke bagi surat nikah & sijil mati tu dah cukup?"
"Tak, kalau ada wasiat kena dapatkan probate. Tak wasiat kena LA"
"Institusi kewangan perlukan LA atau Probate untuk keluarkan duit dlm akaun yang terbeku & tukar nama aset orang yg telah mati. Tak ada tu depa tak layan" aku tekankan kat dia.
Isteri "La, taktau pulak. Selama ni dengar guna sijil mati je. Lepastu apa planing abang?"
Planning abang
"Abang kan dah buat Wasiat. So, kalau abang mati, sayang call je syarikat Pengurusan Harta Pusaka yg abang ambik tu. Depa akan uruskan semua utk dapatkan Probate. Probate ni dapatkan kat Mahkamah. So kena lantik lawyer. Semua tu akan ada kos" jelas aku.
"Lantik peguam??"
Isteri bantah
"Abang tau kan kos peguam tu kan mahal? Mana sayang ada duit nk lantik peguam semua tu? Lagipun yg penting duit untuk sayang & anak-anak hidup tanpa abang. Bukan sehari tapi selama-lamanya!"
Aku senyum "Sabar sayang, abang tak habis explain lagi ni. Jangan emo😅"
"Abang dah study semua ni. Abang dah buat planning yg terbaik utk sayang & anak-anak. Abang dah ambil Takaful. Abang hibah RM500k terus 100% kat Sayang. Guna la duit tu utk proses pencairan aset & tukar nama" aku terangkan kat dia sambil tunjuk buku Sijil Takaful.
Dia senyum 😂
"Laaa awat tak habaq awai-awai. Cemas sayang bila fikir pasal duit. Duit yang ada tu simpanan kita, tak gamak nak bayar kos guaman sampai belas ribu. Penat menyimpan nak kena belanja utk ni" sambil senyum
"Bila abang ambik Takaful ni?" Tanya isteri lagi
Aku jawap "Dah 6 bulan"
Tak ramai orang tahu proses pentadbiran harta pusaka
Hakikatnya, tak ramai orang tahu apabila kita meninggal dunia, aset alih & hartanah akan terbeku serta tak boleh tukar nama/pindah milik.
Simpan la duit banyak mana dlm akaun bank, asb, TH, Unit trust dll, semuanya perlu dokumen LA / Probate untuk dikeluarkan.
Saya hanya kongsikan secara ringkas. Tapi sebenarnya proses pencairan harta pusaka ni sgt complicated
Pihak yg mengeluarkan LA :
AmanahRaya : Harta Alih (kereta/bank/EPF) sahajaPusaka Kecil Pejabat Tanah : Harta Alih & Tak Alih (rumah)Probate : Hanya Mahkamah Tinggi sahaja
Untuk rekod, ini adalah proses mencairkan harta pusaka yg terbeku selepas kematian :
Pejabat Pusaka Kecil : lebih kurang 6 bulan (bergantung kepada kes & persetujuan waris) untuk dapatkan LAMahkamah Tinggi : Secepat 5 minggu dah boleh dapat Probate
Mana satu pilihan anda?
Kos pengurusan harta pusaka
Untuk kos pengurusan harta pusaka pula, berikut adalah pengiraan fi khidmat untuk Pusaka Kecil & AmanahRaya
Contoh : Harta Pusaka bernilai RM1,000,000.00 :
a) Unit Pusaka Kecil akan mengenakan fi sebanyak RM2,000
b) Amanah Raya Berhad akan mengenakan fi sebanyak RM27,750
Bagaimana pula dengan kos pengurusan di Mahkamah Tinggi?
Haa, tu subjective bergantung kepada peguam atau syarikat amanah. Kita ada hak utk memilih peguam yg mana kita suka & ikut bajet kita. Ramai peguam kat Twitter ni. Kalau ada boleh la tag & reply kat sini.
So far macam mana? Dah clear ke tentang bagaimana nak cairkan aset orang yg telah mati?
Complicated kan? So kita boleh tentukan sama ada nk tak berwasiat, berwasiat, nak ke pej pusaka kecil, AmanahRaya ataupun ke mahkamah tinggi
Suami, kesian lah kat isteri anda utk uruskan ni
Nak uruskan harta pusaka ni perlukan kos. Dan, tumpang masih hidup ni kita boleh sediakan dana khas untuk pengurusan harta pusaka kita.
Macam mana?
Takkan nak guna duit dlm bank? Dah TERBEKU.
Ambil la Takaful. Hibahkan kepada isteri tersayang. Takaful adalah dana mudah cair
Pampasan kematian dari pelan perlindungan Takaful akan dibayar kepada penama hibah secepat 30 hari. Ikut kes, paling cepat 14 hari dah dapat.
So boleh la gunakan utk kos pengurusan di Pejabat Pusaka Kecil, AmanahRaya ataupun nak ke Mahkamah Tinggi.
Tak ada hal sebab ada duit
Saya terpanggil utk berkongsi cadangan pelan Hibah Takaful sebagai dana pengurusan harta pusaka. Untuk anda yg berusia 21-35 tahun, dengan RM150/bln, anda berpeluang utk sediakan dana pengurusan harta pusaka setinggi RM500k! Kalau RM200/bln, boleh sediakan dana setinggi RM1 juta. pic.twitter.com/bFwsejctvj
— Luthfi (@LuthfiMY) January 6, 2021
Dgn yang tinggi ni, INSYAALLAH harap-harap waris kita tak menghadapi sebarang kesukaran utk mencairkan harta / aset kita yg telah terbeku selepas kita meninggal.
Baki dari tu, mereka boleh la guna utk teruskan kehidupan & survive dgn lebih lama.
Tugas kita hanyalah MERANCANG
Perancangan yang TERBAIK adalah ketika hidup ni buat wasiat, lantik suami / isteri / orang yg dipercayai / syarikat amanah sebagai WASI & ambil pelan TAKAFUL sebagai dana pengurusan.
Jika berminat utk tahu dgn lebih lanjut boleh terus WhatsApp saya
Aset kita akan terbeku apabila kita mati
Reviewed by Luthfi Suib
on
February 15, 2022
Rating:
No comments: