First time nak renew insurans kenderaan? 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum renew!


First time nak renew insurans kenderaan?

Insurans kenderaan ni selalunya orang tak ambik port sangat. Sebab kena bayar seketul terus & mahal 😅

Kebanyakkan orang hanya pilih paling murah. Kan?

Meh saya explain 6 perkara yang anda perlu tahu & faham tentang insurans kenderaan.

1. Semak NCD

NCD adalah no claim discount. 

Jika kita first time beli kereta, NCD kita akan jadi 0%. 

Jika kita dah renew insurans kereta & tak pernah claim/accident, NCD kita akan meningkat. So bila renew jadi murah.

Once kita accident & claim, NCD kita akan jadi 0% 😅😂

Contoh:

Kos renew insurans kereta kita adalah RM3,000. Sebab kereta kita dah lebih 5 tahun dan/atau tak pernah claim, NCD kita dah 55%.

So nanti bila renew insurans baru kita hanya kena bayar RM1,650 je 😆

Kalau tahun lepas dah claim, renew baru kena bayar RM3,000 la

FYI, NCD ni ikut owner bukan ikut kereta. Kita boleh transfer NCD kita ni ke kereta baru 😁

Kita boleh inform ke Sales Agent untuk transfer NCD dari kereta lama ke kereta baru. 

Nanti saya buat thread lain macam mana proses dan prosedur transfer NCD dari kereta lama ke baru.

2. Pilih First Party atau Thrid Party??

Bila ejen atau kerani pejabat pos tanya confirm la confuse nak pilih mana satu 😅

Nevermind, saya dah tulis panjang lebar kat sini . Boleh go through posting ni ye 

Baca : Nak ambil First party atau Third party?

3. Nak cover ikut Market Value ataupun Agreed Value?

Yang ni sangat sangat sangat penting. Tak mudah nak faham tapi boleh la baca slowly. 

Bagi saya, selalunya saya recommend Agreed Value berbanding Market Value.

4. All rider/driver atau single driver/rider?

Jangan main-main jika silap pilih all rider/Driver ataupun single driver/rider ni.

Kalau kita pilih all Driver/rider, maknanya sesiapa je yang drive atau tunggang motosikal kita akan covered by Insurans kita.

Paling penting, jika ambik all driver/rider, kenderaan kita hilang atau total lost, Insurans akan bayar kat kita. Sebaliknya jika kenderaan tu hilang atau kemalangan ketika dipandu oleh orang lain, haaa haru!

Pening kepala hampa!

Sebaik-baiknya, ambik la all driver/rider. Tak kira la hang tu single ke ataupun takdak sesiapa yang akan naik kenderaan hang, mungkin pada satu ketika kawan nak pinjam guna kenderaan kita, tiba-tiba kemalangan & hilang, dia nak tanggung ke? Think for the worst 👍🏻

5. Sum insured

Sum insured adalah jumlah perlindungan. Contohnya, beli Honda Civic 1.8 berharga RM109k, insurans kena cover at lease RM109k.

Actually kita pun boleh pilih untuk insured bawah dari RM109k 😅 Bila insured rendah, kos insurans akan jadi LEBIH MURAH.

Ada sesetengah ejen, agensi atau website tawarkan kos renewal insurans yang lebih rendah. Tak silap, jumlah sum insured tu tak boleh kurang daripada 20% dari market value. Nak kena check 😅

Bila insured bawah dari market value, kita kena tanggung segala risiko yang akan berlaku.

6. Betterment

Bab ni jarang orang ambik port. Betterment ni adalah spare parts replacement untuk kereta yang berusia 5 tahun keatas. Sekiranya berlaku kemalangan, untuk kereta 5 tahun keatas, syarikat insurans takkan ganti spare parts baru.

So kesimpulan untuk thread ni adalah, jangan ambil mudah untuk renew insurans kenderaan ya.

Jika kita ambil mudah tentang ni, masa depan kita jadi sangat rugi. Kemalangan ni jadi tak kira masa dan tak kira tempat. Apa yang kita boleh buat adalah BERSEDIA je.

Sebagai seorang ejen general takaful, saya sangat titik beratkan perlindungan kenderaan dari segala segi. Sebab kita ni bukannya ada duit banyak sangat pun. Kita dah bayar insurans mahal-mahal, alangkah ruginya kita jika kita masih kena bayar lebihan dari item yang tak cover 😅

Ni saya tak tulis lagi tentang perlindungan tambahan seperti bencana alam, liabiliti penumpang, smart key replacement, replacement dll. Of course kalau ambik pelbagai manfaat tambahan, caruman untuk insurans/takaful kenderaan jadi lebih tinggi 😝

Saya happy dapat bantu kawan-kawan di laman sosial untuk dapat Coverage insurans kenderaan yang lebih baik. Insyaallah, saya bagi proposal yang membantu & ikut bajet masing-masing 😃. Cover note issuance cepat je. Semua kita boleh buat online.

Jika berminat untuk dapatkan quotation Insurans kenderaan masing-masing boleh terus whatsapp saya

https://wa.me/601159238789

Free quotation and consultation! 😃

First time nak renew insurans kenderaan? 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum renew! First time nak renew insurans kenderaan? 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum renew! Reviewed by Luthfi Suib on November 02, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.