#SembangTakaful : 7 Fakta tentang Medical Card yang jarang didedahkan oleh Ejen Insurans!


Pelan Medical Card ni nampak gempak diluar tapi tak gah didalam

Orang nampak ambik medical Card boleh settle masalah.

Cepat check in hospital, wad selesa, rawatan terbaik. Segalanya FREE. Sekupang pun tak perlu bayar. 

Tapi hakikatnya tak ramai tahu. Prosedur pun tak faham!

Sentimen tentang Medical Card

Bila cakap pasal Medical Card, ada yang kata "Luthfi, sorry lah. Aku nampak Medical Card ni scam"

Bila jumpa ramai orang, banyaklah pendapat & maklum balas tentang Insurans / Takaful ni. 

Tambahan pula sembang dengan orang Melayu, Insurans/Takaful = Medical Card

Kenapa terlalu cenderung kepada Medical Card?

Actually Insurans/Takaful bukannya Medical Card semata-mata. Banyak lagi produk Takaful ni. 

Cuma kebanyakkan orang kita lebih cenderung kepada Medical Card kerana ia adalah salah satu produk yang kita bayar & boleh guna terus bila perlu

Kiranya ambik Medical Card ni tak rugi.

Nak ambil Medical Card? Kena realistik!

Saya tak nafikan keperluan Medical Card. Tapi kita perlu tahu keperluan & keutamaan perlindungan kita. 

Masalah yang selalu ejen Takaful alami adalah mindset orang kita, nak Coverage tinggi, nak cover seumur hidup tapi nak bayar bulan-bulan murah. Siap nak pakej family lagi

Sebelum nak ambik Medical Card kena faham apa itu Medical Card

Kena declare taraf kesihatan. Kena transparent dengan ejen& kena inform sejarah hospitalisation yang lepas.

Application kita mungkin akan cepat approved jika kita tak declare sepatutnya tapi kita akan ada masalah pada masa depan!

Bila jumpa ejen, kena tanya & fahamkan betul-betul proses & prosedur. Setiap syarikat tak sama. Ada perlu deposit. Ada tak perlu deposit. 

Semua ada kelebihan & kekurangan tersendiri. 

Masalah orang kita percaya & harap ke ejen Bulat2. Bila Ejen kena terminate/resign melopong sebab tak tahu apa-apa.

Ok, meh saya share sikit kenapa Medical Card ni hanya GEMPAK diluar tapi TAK GAH didalam :

1. Rawatan yang free (Baca : cover 100%) hanya apabila kita ADMIT sahaja & based on Guarantee Letter (GL). 

Jika GL declined atau reject maka rawatan kita tak cover. Best case, pay & claim. Worst case, tak cover, kena bayar sendiri. 

2. Senang cerita, kalau guna Medical Card untuk rawatan yg tak admit wad & tiada GL, maka perlu Pay & Claim. 

Contoh : Daycare, dialisis, fisioterapi, rawatan kemalangan yg perlu jahit & cuci luka. 

Risiko untuk Pay & Claim ni adalah TAK GERENTI 100% akan dapat duit balik.

3. GL ada 2. 1st, masa admission. 2nd, masa discharge. 

Jangan happy sangat kalau 1st GL tu approved. 2nd GL atau Final GL tu lagi penting utk pastikan rawatan kita tu ditanggung 100% oleh Takaful. 

Ada kes, walaupun GL dah approved, keluar result +ve Covid19 terus GL declined!

Kalau tiba-tiba GL declined mcm mana? 

Haa, check dgn ejen atau syarikat takaful. mesti ada sebab. Naya jugak kalau kena bayar sendiri bil tu walaupun pay & claim

Sebab tu sebelum nak admit tu kita kena bagitahu info yang perlu & sepatutnya sahaja. Takut nanti GL reject disebabkan oleh statement kita

4. Walaupun Final GL dh keluar, tapi tak semestinya 100% cover!

Dalam final GL tu akan ada itemized item. Syarikat akan cover item yang related dengan rawatan sahaja. Ada yang tak cover covid test, PPE, admission fees dll. Maka, untuk item yang tak cover tu kena bayar dan keluar duit sendiri juga

So siapa kata Medical Card ni free?

5. Medical Card bukannya "tiket" untuk buat testing

Medical Card hanya boleh digunakan untuk cover perkara/penyakit yang telah disahkan sahaja. 

Sebab itulah segala test & alatan diagnosis seperti CT Scan, MRI, Ultrasound, X-ray dll kena pay & claim. Once penyakit tu dah disahkan baru kita boleh claim atau absorb masuk ke dalam bil atau GL. Tapi, jika sebaliknya nampaknya kita kena tanggung sendiri. 

Sebab tu untuk stage testing ni saya galakkan client untuk ke klinik atau hospital kerajaan dulu. Bila dah "confirm" baru refer ke hospital swasta guna Medical Card.

6. Medical Card tak cover kos ubat, supplemen kimoterapi dan kanser. Medical kad pun tak cover kos ubat pulmonary hypertension dan medical kad tak cover kos ubat air dialisis. 

Senang cerita, ubat tambahan lepas keluar hospital, medical kad tak cover






7. Medical Card tak cover kos alat perubatan 

Contohnya katil hospital untuk kegunaan dirumah, kerusi roda, tongkat bantu berjalan 4 kaki ataupun tongkat ketiak tu. Senang cerita, segala alat yang nak guna kat rumah tu Medical Card tak cover

Kesimpulannya, medical Card ni bukannya satu produk yg straight forward. Anda perlu faham betul-betul sebelum & selepas ambil. 

Jika betul2 faham, insyaallah infuture takkan ada masalah

Based on pengalaman saya, dari 10 orang yang ada takaful, hanya 3 je yang faham apa yang dia ambil.







Setiap produk Takaful ada fungsi tersendiri

Ambil Medical Card, dapat bayaran bil rawatan hospital swasta je. Takkan boleh ganti pendapatan & wang tunai.

Ambil Income Protection, dapat pampasan dalam bentuk tunai sahaja, tak dapat rawatan perubatan hospital swasta

Ambil Hibah Takaful, hanya pampasan wang tunai jika berlaku kematian dan/atau kelumpuhan

Pemilihan Ejen Takaful

Selain daripada diri kita, Pemilihan ejen pun penting, jika yang berpengalaman, insyaallah mudah urusan admission & discharge. 

Dah tahun 2021, tak perlu dah minta ejen Takaful ziarah jika kita admit wad. Paling penting, dia cek status, GL cepat approved & discharged. Tu paling penting

Saya harap perkongsian saya ni beri manfaat kepada semua. 

Sebagai ejen takaful, saya perlu kongsikan fakta yang betul agar semua orang faham tentang Medical Card. 

Kita asyik cakap benda baik je kan. ni fakta yang kita perlu faham & terima jika kita ambil Medical Card.

Sebenarnya, semua orang mampu ambil Takaful 

Takaful ni sebenarnya mampu milik & boleh diambil berdasarkan kemampuan kita. 

Kalau bajet rendah, ambillah Takaful Kemalangan. RM160+ setahun

Jika bajet sederhana, ambil Income Protection, sebulan hanya RM85. 

Jika ada bajet lebih, ambil Medical Card, bermula RM100+ sebulan

Kalau bajet tak banyak untuk takaful, boleh ambil dulu Income Protection. Kita secure gaji kita dulu.

Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan boleh refer hospital kerajaan

Kalau ada apa-apa kemusykilan WhatsApp je. Saya happy untuk bantu Smiling face with smiling eyes

https://wa.me/601159238789

#SembangTakaful : 7 Fakta tentang Medical Card yang jarang didedahkan oleh Ejen Insurans! #SembangTakaful : 7 Fakta tentang Medical Card yang jarang didedahkan oleh Ejen Insurans! Reviewed by Luthfi Suib on June 01, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.