INSURANS/TAKAFUL KENDERAAN : NAK AMBIL FIRST PARTY KE THIRD PARTY?


Selain Insurans/Takaful peribadi, antara yang bagi kita confuse setiap tahun adalah Takaful Kenderaan.

Apa benda First Party tu?

Apa pulak Thrid Party tu pulak?

(Bebenang)

First sekali, apa itu party? 

Haa, ni maksudnya :

First party = tuan punya penama Sijil/Polisi (anda)

Second party = syarikat Insurans/Takaful

Third party = orang lain

Jelas ya?

Ramai orang nak ambik Third Party terutamanya Motosikal sebab nak murah. Betul tu, Third Party memang murah tapi tahu tak apa beza dengan First Party? Kenapa Insurans/Takaful Third Party kenderaan murah?

Insurans/Takaful Third Party murah disebakan TAK COVER Kenderaan kita. Kiranya kita ambil Insurans/Takaful untuk COVER ORANG LAIN!

Tu je. Huhu

Apa sahaja perkara yang berlaku berkenaan dengan pihak ketiga contohnya rosak dek kena langgar dengan kenderaan kita tu je yang cover!

Senang cerita, jika kita ambik Insurans/Takaful Third Party, kenderaan orang boleh claim dekat Insurans/Takaful kita tapi kita tak boleh claim untuk kerosakan untuk kenderaan kita sendiri.

Sedih tak? Haa, sebab tu Third Party murah! Sebab tu kita kena faham dulu sebelum beli

Satu situasi :

Motor A & Motor B kedua-duanya ambil Third Party. Terjadi kemalangan, Motor B langgar Motor A. 

Motor A boleh claim atas Motor B 

Tapi Motor B tak boleh claim Insurans dia sendiri sebab TAK COVER. Segala kerosakan Motor B kena tanggung sendiri.

Sebab tu seboleh bolehnya ambil First Part untuk kenderaan anda tak kira lah kereta ataupun motor janji kenderaan 20 tahun kebawah.

Kalau usia 21 tahun keatas kena ambik Third Party la. Tak ada pilihan. FYI. First Party ni cover lebih menyeluruh.

Apa je yang First Party cover?

Bila kemalangan, kerosakan kenderaan kereta kita, kereta orang lain & harta benda yang terlibat dlm kemalangan.

Bukan setakat tu je, kematian & hilang anggota orang lain pun First Party akan tanggung tau. 

Kalau nak manfaat lain kita boleh tambah

Manfaat tambahan yang kita boleh masukkan adalah cover cermin, cover banjir, Personal accident utk kita & penumpang. 

Kalau kereta ada smart key, kita pun boleh tambah coverage tu. 

Selalunya utk First Party dah include FREE towing. Tapi kena check berapa had kilometer

Saya buat perbandingan antara 1st party vs  3rd party :

1- Kenderaan hilang : 

1st : Cover

3rd : Cover

2 - Total lost :

1st : Cover

3rd : Tak cover

3 - Kenderaan sendiri rosak akibat kemalangan :

1st : Cover

3rd : Tak cover

4 - Kenderaan orang lain rosak akibat kemalangan disebabkan kenderaan kita :

1st : Cover

3rd : Cover

5 - Harta benda orang lain rosak akibat kemalangan disebabkan kenderaan kita : 

1st : Cover

3rd : Cover

Dan banyak lagi. Saya kongsikan yang basic je ni.

Rumusannya, kalau ada bajet lebih ambil la First Party. Tapi kalau bajet rendah Third Party pun boleh. Cuma kalau ambil Third Party kita kena faham kesan & akibat yang kita bakal terima kemudian hari. Nak maklumat lanjut boleh WhatsApp 

011-59238789 / https://wa.me/601159238789

INSURANS/TAKAFUL KENDERAAN : NAK AMBIL FIRST PARTY KE THIRD PARTY?  INSURANS/TAKAFUL KENDERAAN : NAK AMBIL FIRST PARTY KE THIRD PARTY? Reviewed by Luthfi Suib on March 20, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.