Nak beli rumah? Penjelasan lengkap apa itu MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT!


MRTT VS MLTT VS MRTA VS MLTA

Apa tu? Meh saya tolong jelaskan

MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance (Konvensional)

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful

MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Konvensional)

Orang Islam wajib pilih Takaful!

NAK BELI RUMAH? TOLONG PASTIKAN AMBIL MLTT BERBANDING MRTA/MRTT

Walaupun ekonomi tak berapa baik rasanya ramai diantara kita masih berhajat nk beli rumah. Tahniah

Dlm dok survey & buat calculation komitmen, saya terpanggil nk berkongsi dgn anda semua apa yg anda patut consider

Saya kongsikan ringkasan MRTT vs MLTT ya. Tak payah consider la MRTA/MLTA sebab tu produk Insurans Konvensional

1. Tujuan MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT

Tujuan utama adalah untuk protect loan kita. Jika kita mati/lumpuh, loan kita akan dihapuskan / waived. Pinjaman akan dilangsaikan

2. Ada Cash Value / Nilai Tunai?

MRTT : Tiada, caruman akan BURN

MLTT : Ada, akan dapat apabila Sijil Takaful matang atau diberhentikan

3. Bayaran Takaful

MRTT : Sekaligus. Biasanya kos takaful masuk dalam loan. So ada additional interest 

MLTT : Bayaran bulanan ke syarikat Takaful (asing) . Buat suku tahun, setengah tahun, tahunan atau sekaligus pun boleh.

4. Kos bayaran bulanan

MRTT : Murah (sebab bayar sekaligus all in dengan loan)

MLTT : Tinggi (rumah bayar asing, takaful asing)

Note : Ini adalah kekurangan MLTT dan kelebihan MRTT

5. Perlindungan

MRTT : Berdasarkan BAKI HUTANG. Perlindungan akan berkurangan ikut jumlah loan rumah

MLTT : Berdasarkan JUMLAH HUTANG. Perlindungan tetap (akan sama dari mula sehingga matang)

Note : Ini kelebihan MLTT berbanding MRTT Smiling face with smiling eyes

Ok, meh masuk sesi Q&A pulak 

6. Apa akan jadi jika pembayar terkena sakit kritikal?

MRTT : Masih kena bayar macam biasa sebab tak ada waiver

MLTT : Caruman jadi FREE, dapat duit cash untuk bayar lump sum baki rumah, dan lain-lain lagi. 

Ni kelebihan MLTT 

7. Siapakah akan jadi penama jika meninggal dunia?

MRTT : Bank 

MLTT : Suami/isteri dll sebagai Wasi (pentadbir) atau Hibah (Penerima mutlak 100%)

Nota : Ini kelebihan MLTT. Kita boleh pilih nak buat Wasi atau Hibah. Bergantung kepada kita

8. Apa waris akan dapat sekiranya Meninggal dunia?

MRTT : Rumah sahaja

MLTT : Rumah & Nilai tunai semasa (cash in hand)

Note : Ini kekuatan MLTT. Lebih baik untuk ada rumah & cash. Lebih baik daripada dapat rumah sahaja. Kan? Face with hand over mouth.

9. Apa akan jadi apabila rumah dipindah milik?

MRTT : Perlindungan Takaful terbatal

MLTT : Masih berkuatkuasa sebagai pelan Life Takaful & boleh guna untuk hartanah lain.

10. Apa akan jadi apabila rumah di-refinance?

MRTT : Perlindungan Takaful akan terbatal 

MLTT : Masih lagi berkuatkuasa sebagai pelan Life Takaful 

Note ; Kita boleh kekalkan pelan MLTT ni sebagai additional Coverage untuk Pampasan kematian/kelumpuhan (TPD).

So far clear tak? Panjang sikit perkongsian saya kali ni 

Kesimpulannya, kalau ada bajet ambillah MLTT berbanding dengan MRTT. Kita boleh dapat perlindungan yang lebih baik. Cuma orang kita ni suka benda mudah & murah.

Bila murah, ambik la MRTT/MRTA!

Untuk siapa yang tak pernah tengok MRTA, ni adalah contoh pelan MRTA client saya :




Umur 31

Tempoh Loan : 35 tahun

Harga rumah : RM250,000

MRTA : RM14,470

Total loan : RM264,470

MRTA term : 38 tahun

MRTA coverage : RM264,470

So far clear?

Ni saya kongsi anggaran bayaran bulanan :

MRTA : RM1,252 semua all in bayaran loan rumah dan Insurans Loan Rumah. RM264k


MRTT : RM1,183 hanya untuk harga bayaran loan rumah, RM250k. Bagaimana pula dengan Takaful Loan Rumah (MLTT)?

Saya bagi cadangan untuk tempoh perlindungan yang sama, 38 tahun untuk pelan MLTT beliau. 

Beliau boleh pilih sama ada nak buat bulanan RM178.24 sebulan ataupun bayar setiap tahun RM1980.50 (ada diskaun sikit)

Saya dah buat perbandingan antara MLTT bulanan, tahunan & MRTA 



Perbandingan MRTT vs MLTT


Kalau buat perbandingan MRTA vs MLTT dengan mode bulanan adalah macam ni :

MRTA : RM1251(all in)

MLTT : RM1361.24 (all in)

Jika ambil MLTT, Perbezaan bulanan RM110.24 lebih dari MRTA. Tapi dengan manfaat yang anda tengok kat atas tu, manfaat MLTT berganda ganda!

Sebelum buat keputusan, tanya balik dekat Bank untuk option buat MLTT. 

Buat sedikit pengiraan dan perbandingan asas antara MRTA/MRTT berbanding dengan MLTT. 

Bagi saya, ramai orang yang saya jumpa "menyesal" & harap untuk patah balik buat MLTT tapi dah terlambat

Saya sudi bantu anda untuk beri sebut harga (quotation) percuma untuk perancangan MLTT anda. 

Hanya bagi umur, pekerjaan & jumlah perlindungan untuk hampa tengok. Btw, jika buat mode tahunan saya akan beri diskaun! Face savouring food

DM or WhatsApp 011-59238789 

Tweet asal 

Nak beli rumah? Penjelasan lengkap apa itu MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT! Nak beli rumah? Penjelasan lengkap apa itu MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT! Reviewed by Luthfi Suib on September 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.