Kalau gaji sekarang pun dah tak cukup, apa nak jadi jika tiba-tiba ditimpa musibah?


KALAU GAJI/PENDAPATAN SEKARANG TAK CUKUP, MACAM MANA NAK SURVIVE JIKA DITIMPA MUSIBAH KELAK?

6/10 prospek yang 'reject' cadangan perlindungan takaful saya beri alasan "gaji sekarang pun dah tak cukup, macam mana nak ambik takaful?"

Saya faham, saya tak push sesiapa pun untuk ambil pelan takaful yang saya cadangkan. Saya share je. Keputusan tu semua dari hampa semua.

Yang penting, hampa sedar akan kepentingan takaful dan kena tahu tahap kemampuan untuk mula mencarum.

Saya kongsikan pengalaman peribadi saya bagaimana saya ambik takaful tatkala perbelanjaan keluarga terhad. 


Saya ambil takaful pada usia 27 tahun, agak lewat? Sebenarnya agak lewat, tapi masih tak lewat berbanding usia 30, 40 atau 50 an. Haha!

Kesedaran tentang Takaful

Kesedaran tentang takaful ni datang apabila melihat salah seorang ahli keluarga terdekat meninggal dunia setelah lama terkena sakit buah pinggan kronik yang perlu didialisis (sakit kritikal). Dia sakit dalam tempoh 2 tahun dan kemudiannya meninggal. Muda lagi, anak pun masih kecil. Bini masih muda. Masih cantik. Insaf terus. 

Kemudian, kawan terdekat saya ditimpa musibah kemalangan ketika bercuti mengakibatkan kos rawatan hospital yang tinggi. Kos rawatan tu saya tak hairan sangat. TAPI, yang mengINSAFKAN saya adalah dia terpaksa MC pada masa yang agak lama iaitu hampir setahun dan menyebabkan hilang pendapatan sebab majikan tak bayar gaji. 

Pada masa tu saya masih bekerja sebagai seorang Engineer di sebuah kilang pembuatan di Perai. 

Ekoran daripada dua insiden berkenaan, saya jadi takut & gelisah apa yang terlintas dalam hati saya adalah :

"Kalau aku kena sakit buah pinggang kronik macam dia tu, apa jadi dekat diri aku, anak dan bini aku? Simpanan bukannya ada pun"

Kedua, 

"Jika aku terpaksa MC pada masa yang lama, macam mana aku nak survive? Aku dah la kerja kilang je"

Saya luahkan kebimbangan saya dekat wife dan dia pun turut sama setuju dan risau. Tapi, kami risau macam tu je. Saya masih tak tahu nak buat apa. Insurans? Tak terfikir pun. Ntahlah. 

Serius, pada masa tu nak cakap simpanan banyak tipu la. Dengan anak kecik baru umur setahun. Dapat gaji bulan-bulan hanya cukup untuk komitmen dan belanja harian. Nak simpan celah mana?

Mungkin Allah aturkan

Lepas sebulan dua, mungkin Allah dah aturkan pertemuan saya dengan ex colleague, yakni leader saya harini & dia ajak jumpa untuk terangkan sikit tentang "Income Protection". Macam biasalah, bila orang insurans ajak ni mana nak layan sangat kan? 

Tapi, disebabkan gaya approach dan perasaan "terdesak saya" tentang mahu ada perlindungan, saya jumpa & dengar perkongsian dia. 

Income Protection adalah satu konsep perlindungan untuk melindungi gaji dan pendapatan sebijik macam kes yang saya risaukan. Ia adalah satu solution untuk saya ada satu dana kecemasan yang banyak walaupun hanya mencarum dengan rendah setiap bulan. 

Kawan saya bagi proposal RM100, RM120 dan RM150 sebulan ikut gaji dan pendapatan saya pada masa tu. Tak lupa jugak, tahap kemampuan saya pada masa tu.

Tak ada bajet

Macam biasa, lepas habis sharing tu saya balik bincang dengan wife. Perkataan pertama 

"Laa.. takkan nak tambah hutang lagi? Kita sekarang ni pun ngam ngam je"

Saya serabut kepala. Tapi, betul kata wife, takkan nak tambah komitmen? Takkan nak bebankan diri dengan tambah Insurans pulak? Kalau ambik jugak, nanti takkan takmau makan minum kot? 

Dalam kepala dok fikir "Kalau tak ambik, tak tahu la masa susah macam mana nak survive"

Review perbelanjaan bulanan

Betul ke sekarang ni tak ada bajet? Takkan selamanya tak boleh ambik insurans dengan alasan tak ada duit? Apa yang saya lakukan adalah ;

1. Senaraikan segala komitmen yang ada berserta due date setiap bulan

2. Letakkan baki komitmen dan hutang yang ada

3. Kategorikan sama ada ia KEPERLUAN atau KEHENDAK

4. Review dan target satu komitmen yang impak rendah & cepat

Alhamdulillah, lepas review perbelanjaan bulanan saya, saya buat keputusan untuk tamatkan bayaran bulanan PTPTN pada masa tu sebanyak RM150 sebulan.

Next step, settle hutang!

Apa yang saya buat? Saya keluarkan duit KWSP akaun 2 untuk buat full settlement. Bagi habis terus. Legaaa!

Dalam dua minggu dah siap pengeluaran pendidikan akaun 2 dan terus clear hutang dengan PTPTN. Syukur!

Dan, apa yang saya buat adalah saya gunakan duit bayaran bulanan PTPTN untuk bayar life takaful saya. Alhamdulillah

Kawan, sebenarnya kita semua mampu untuk mencarum takaful. Cuma kita tak tahu untuk merancang kewangan kita dengan baik.

Bagi pendapat saya, review lah perbelanjaan bulanan hampa & tentukan bajet untuk takaful. Jangan terus nak mencarum ambik pelan yang hebat-hebat. Mula dahulu dengan pelan Life Takaful kerana Life Takaful ni lebih penting daripada Medical Card. 

Buat pengiraan dan tentukan bajet yang hampa selesa. Okay?

Insyallah, lepas ni jika berjumpa dengan ejen takaful yang baik, cadangan pelan perlindungan yang dia tu menarik & membantu, takkan nak bertangguh lagi? Sign up terus

Semoga perkongsian saya ni memberi ilham kepada orang ramai untuk cari jalan mencarum Takaful




Kalau gaji sekarang pun dah tak cukup, apa nak jadi jika tiba-tiba ditimpa musibah? Kalau gaji sekarang pun dah tak cukup, apa nak jadi jika tiba-tiba ditimpa musibah? Reviewed by Luthfi Suib on June 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.