Saya penghidap HIV positif, tapi nak apply Takaful. Boleh ke? TakafulSurecover adalah PENYELAMAT anda!


Saya adalah #PLHIV dan berminat untuk ambil produk insurans ataupun Takaful. Layak atau tidak untuk saya ambik Medical Card, Life Takaful ataupun Takaful Kemalangan?

Sedikit sebanyak perkongsian untuk komuniti PLHIV Malaysia. INI THREAD



Sejak 3-4 bulan kebelakangan ni saya kerap approach dan ditanya oleh beberapa prospek yang bertanya tentang Protection diri.

Sembang punya sembang, dia buka cerita yang dia adalah PLHIV. Sebagai seorang Wealth Planner, saya respek setiap individu dan sejarah latarbelakang

Oleh kerana tugas saya adalah menyelamatkan orang seramai mungkin, saya ditanya beberapa soalan yang sama. Mungkin kali ni saya boleh buat pencerahan kepada komuniti PLHIV Malaysia

HIV adalah salah satu daripada penyakit kritikal. Tak kisah la apa punca dan cara kena HIV, once dah disahkan kena HIV ni kebanyakan syarikat insurans atau takaful tak mahu terima permohonan hampa

Saya bukan orang yang layak untuk cakap pasal medical ataupun taraf kesihatan orang. Saya hanya akan cakap berdasarkan perspektif seorang Wealth Planner Takaful

Untuk permohonan Takaful bagi orang biasa (yang sihat), untuk kata permohonan takaful tu approve atau tidak atau layak ke tak layak adalah pihak takaful sendiri. Zurich akan proses dan jika tak puas hati akan minta beberapa dokumen sokongan

Jika tak puas hati lagi, mungkin anda perlu buat medical check up dsb. Bila dah approve, Takaful mungkin akan tawarkan perlindungan 100%, tak cover sakit yg sedia ada atau kenakan loading (bayaran tambahan)

Tu cerita permohonan biasa. Kalau si pemohon ada sakit kritikal, plan takaful biasa contohnya medical card, investment link, Takaful Kemalangan dll memang tak cover. Maaf.

Kenapa?

Selalunya syarikat takaful tak mau ambik risiko dan masalah bila berlaku sesuatu musibah.

Contohnya dia ada sakit kritikal, tut tut eksiden. Kemudian, nak claim. Bila check balik, dia eksiden disebabkan penyakit kritikal yang dia ada.

Sbg contoh jantung...

So itu adalah salah satu contoh kenapa orang yang ada penyakit kritikal tak layak untuk apply apa-apa produk takaful yg baharu. Sbb dia dah tak fit

Tapi, untuk sesiapa yang ada sakit kritikal contohnya #plhiv yg berminat untuk ambil perlindungan takaful jangan risau. Sure cover!

Takaful Surecover adalah produk takaful baharu dari Zurich Takaful untuk sesiapa sahaja yang ada penyakit kritikal atau obesiti.

Kepada komuniti #plhiv yang berumur 35 tahun keatas, saya suggest anda ambil plan takaful ni



Cara coverage plan ni adalah by unit.

1 unit berharga RM75.00/bulan. Untuk umur 35 tahun, 1 unit coverage dia RM30,000.00

Anda boleh beli maksimum 10 unit Coverage maksimum RM300,000.00

Coverage plan ni berlaku hanya selepas 2 tahun lepas sijil takaful approved.


Bermaksud ambik bulan 10/2018, coverage start pada 11/2020.
Kalau meninggal sebelum 11/2020 macam mana?
Jangan risau, kalau peserta meninggal dunia sebelum 2 tahun, caruman dari bulan pertama sampai la bulan yang dia meninggal tu akan dipulangkan semula 100%. Kira macam savings lah.
Boleh rujuk jadual bawah untuk pemahaman selanjutnya. Yang saya highlight tu adalah lepas 2 tahun


Kalau hampa nak tau lagi, plan ni ada dengan sikit cash value (keutungan yg diberi 50:50). So, selain dapat coverage dapat jugak cash value.

Kalau tengok dalam jadual tu ada tulis. Tapi ia hanyalah anggaran dan nilai tunai tu tak terjamin. Boleh naik turun dsb

Jika peserta meninggal dunia disebabkan kemalangan, nilai coverage akan diberikan 5x (utk umur 35 sampai 65).

Tengok jadual tadi, meninggal dunia biasa dapat RM 30,246. Meninggal accident dapat RM151,230.

Note : value atas based on lelaki umur 36 tahun

Jika meninggal dunia selepas 2 tahun, plan ni tawarkan bayaran :

- bayaran bulanan tinggi ke
- ataupun coverage lagi tinggi

Kalau selama ni bayar RM2,700/tahun (untuk 3 unit) selama 3 tahun bersamaan RM8,100 tapi coverage adalah RM90,000. Zurich akan bayar RM90,000 lah

Tu antara sedikit sebanyak perkongsian ringkas macam mana plan ni berjalan.

100% coverage untuk manfaat Meninggal Dunia sahaja.

Maaf, anda sakit. Anda tak layak untuk apply product lain, hanya produk ni je yang anda layak apply.

Bagi pendapat saya, hampa sakit tapi hampa perlu ada sekurang-kurangnya coverage Meninggal Dunia :

1) sediakan dana kepada keluarga untuk settle semua hutang-hutang hampa. Takkan kita nak bebankan keluarga dgn hutang kita lepas kita tiada kan?

2) sediakan dana untuk keluarga survive bila kita tiada.

Kalau yang ada anak bini tu, kita tinggalkan lah sikit duit kepada keluarga kita bila dah takdak. Sekurang-kurangnya ada la sikit duit untuk menampung perbelanjaan depa walaupun tanpa kita disisi

Betul, duit tak boleh ganti kita. Tapi kena ingat segalanya memerlukan duit.

Jadi la anak / suami yang bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan tinggalkan sedikit duit.

Caranya dengan ambil plan Takaful Surecover ni. Tak mampu ambil 1 unit RM75/bln.

Selain dari bayaran pampasan kematian anda, plan ni datang dengan manfaat tambahan iaitu Khairat kematian,Badal Haji, Qurban dan Wakaf.

Jumlah manfaat ni sebanyak RM7,000 akan ditolak daripada Basic Sum Cover

Masa hidup tak garenti lagi dapat pergi haji tapi dengan plan Takaful Surecover ni insyaallah dapat haji daripada manfaat Badal haji.

Duit dapat akhirat pun dapat tuan/puan

Oh ya, satu lagi. Duit pampasan kematian (Basic Sum Cover) boleh diHIBAHkan kepada sesiapa yang ada suka.

Mak/ayah, pasangan, anak? Namakan je. Nak letak nama adik beradik pun tak ada hal.

Semolek-moleknya HIBAH kan la ke isteri (untuk yang dah berkahwin) atau mak ayah untuk yang bujang.

Bukan apa, nanti mudah urusan untuk depa buat tuntutan dan selesaikan apa yang perlu.

Boleh jugak letak nama anak bawah 18 tahun. Tapi kena namakan sorg Pemegang Amanah.
Soalan :

Q : Kenapa bayar bulan mahal2 tapi dapat manfaat Meninggal Dunia je? Saya nak medical card

A : Maaf, anda sakit. Tak layak utk apply medical card dll. Hanya plan ni je yg boleh apply. Baik utk ada manfaat death daripada tak ada apa langsung
Ahhh... Lupa pulak nak share.

Tak kira la #plhiv tu baru je diagnos ataupun dah terlantar atas katil ICU sekalipun boleh apply dan SURE akan approve.

Jangan takut tak approve pulak. Nama pun sure cover, sure lah approve 😝😝😝

Untuk maklumat lanjut dan permohonan Takaful Surecover ni meh contact saya.

Saya base di Zurich Branch Penang. Jangan risau, saya boleh service satu malaysia. Client saya merta ceruk kat Malaysia ni bro


Saya adalah consultant Takaful yang berdaftar dan terikat dengan akta yang tertentu. Jangan risau tentang segala maklumat diri anda ia tetap terlindung dan terjamin.

Untuk permohonan, saya perlu beberapa butiran peribadi macam salinan IC, majikan, dll.

Bayaran caruman pertama seperti berikut :
1 unit = RM75 (perlu bayar caruman sebanyak 2 bulan terus)
2 unit keatas (RM150) perlu bayar caruman pertama sebanyak sebulan je.
Mudah kan?

Penafian : Segala maklumat dan penjelasan tentang produk saya buat berdasarkan pamplet produk dibawah

zurich.com.my/_/media/dbe/ma…

Untuk penjelasan penuh anda perlu rujuk kepada saya.


Saya penghidap HIV positif, tapi nak apply Takaful. Boleh ke? TakafulSurecover adalah PENYELAMAT anda! Saya penghidap HIV positif, tapi nak apply Takaful. Boleh ke? TakafulSurecover adalah PENYELAMAT anda! Reviewed by Luthfi Suib on November 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.