Fibroid semasa hamil

FIBROID sejenis penyakit yang menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya.

Kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

‘Menyerang’ kaum Hawa yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif), fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita.
Didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Menurut Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Mahkota Medical Centre, Dr. Ahmad Saifuddin Ahmad Yahaya, fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu-ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen di mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Katanya lagi, majoriti wanita yang menghidap penyakit ini tidak akan mengalami simptom-simptom bagaimanapun ia bergantung di mana fibroid itu berada serta saiznya.
Tambah beliau lagi, individu yang mempunyai fibroid hanya akan berasa sakit sekiranya fibroid mengalami pendarahan dan jangkitan kuman yang kebiasaannya pada fibroid yang bersaiz besar.

Fibroid yang bersaiz besar kadangkala menekan pundi kencing menyebabkan individu mempunyai simptom sering kencing manakala fibroid di dalam ruang endometrium atau submukosa iaitu pada dinding rahim yang akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk hamil kerana penyempitan pada salur fallopio boleh berlaku.

“Dalam kalangan wanita hari ini, 20 hingga 25 peratus daripada mereka mempunyai fibroid bagaimanapun daripada jumlah ini 10 hingga 12 peratus sahaja yang menghidapinya ketika hamil.

"Bagi wanita sedang hamil tidak semua fibroid akan membesar atau aktif .

“Fibroid membesar ketika hamil adalah disebabkan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil, begitupun tidak semua fibroid akan membesar atau aktif ketika hamil.

“Kebiasaannya fibroid yang berukuran lebih daripada enam sentimeter berkemungkinan untuk lebih membesar ketika hamil dan pemantauan perlu dilakukan secara pemeriksaan klinikal atau imbasan ultrasound untuk melihat sama ada fibroid membesar serta melihat perkembangan fibroid ketika hamil," ujarnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140923/kn_01/Fibroid-semasa-hamil#ixzz5UkArPdIO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Nota : Zurich Takaful menawarkan plan Takaful Wanita. Jika peserta disahkan menghidap Fibroid, beliau boleh buat tuntutan sebanyak RM4,500 untuk manfaat penyakit wanita. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
Fibroid semasa hamil Fibroid semasa hamil Reviewed by Luthfi Suib on October 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.