Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst



Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ocarian Cyst? Adakah Ovarian Cyst Sejenis Penyakit Berbahaya atau cuma Penyakit Biasa?

Ovarian cystsbiasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:

  • Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.

  • Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.


Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:

  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.

  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.

  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.


Bilakah pembedahan itu perlu ?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,

  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan

  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain

  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.


Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:

  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.

  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).

  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.

  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)

  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…

  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau

  • Pesakit adalah gadis remaja.

  • Pesakit telah menopause.

  • Menggunakan pil perancang kehamilan


Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:

  • imej CT scan abdomen, dan

  • laporan pathology tisu yang diambil, atau

  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau

  • wanita itu sudah mengalami menopause atau

  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.

  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.


Berdasarkan sumber dari: drzubaidi.com
Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst Reviewed by Luthfi Suib on June 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.